Sekolahku,
Masih ku terbayang di ingatanku,
Yang telah lama tersemat di dalam hati,
Tidak dilupakan sehingga hari ini,
Pemandangan yang menusuk kalbu,
Kehijauan alam semesta yang terpancar-pancar di mataku,
Masihku ingat sehingga hari ini,
Sekolah yang telah ku diami.
Masihku ingat sekolahku,
Kerusi dan meja itu,
Tempat ku belajar,
Tempat ku membaca,
Tempat ku mengira,
Pondok dan bangku itu,
Tempat ku membuang masa,
Tempat ku mengalas perut yang lapar,
Tempat ku tenangkan jiwa.
Guruku,
Masih terlekat dihatiku,
Yang telah bersusah-payah,
Mengajarku dari bangku sekolah,
Yang telah mengenalkanku,
Apa itu ilmu,
Dan mengajarku membaca,
Juga mengira,
Tidak akan ku sia-siakan perjuangan mereka,
Yang selama ini mengajarku tulis baca.
Semua itu telah dijadikan kenangan,
Kenangan yang manis tersemat di ingatan,
Kini ku telah berjaya,
Hanya disebabkan oleh seorang guru biasa.
Terima Kasih Cikgu!
Tujuan blog ini diusahakan adalah untuk mengingati Sasterawan Negara Usman Awang demi memartabatkan bahasa melayu.Dalam blog ini juga dikaitkan seorang pelajar yang amat menggemari membuat puisi tentang persahabatan seseorang dan kepercayaan kepada sahabatnya sendiri. Semoga anda dapat menghayati puisi-puisi Sasterawan Negara yang terulung. :)
Monday, November 19, 2012
Friday, November 16, 2012
Gadis kecil-Usman Awang

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi
Dekianlah gadis kecil itu
kurus seperti batang pinang
bertahun berulang-alik melalui
pernjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung,
dengan sopan menolak pemberianku
"saya tak perlu wang,pak cik,
cukuplah kertas dan buku",
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik,mempersonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
"jangan sedih,pak cik,tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini."
Aku jadi terpaku
dia,si gadis kecil itu pula mententeramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sediih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara itu sendiri.
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
Selembar Kamus Kemiskinan-Usman Awang
Kemiskinan bererti
Kelaparan,
Penyakitan bererti
Kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Kekurangan
Zat makanan,
Kemiskina bererti
Kekurangan
Perubatan,
Kematian ibu ketika
Melahirkan
Bererti kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Usia tak panjang,
Pondok usang bererti
Kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Hidup Menumpang.
Kelaparan,
Penyakitan bererti
Kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Kekurangan
Zat makanan,
Kemiskina bererti
Kekurangan
Perubatan,
Kematian ibu ketika
Melahirkan
Bererti kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Usia tak panjang,
Pondok usang bererti
Kemiskinan,
Kemiskinan bererti
Hidup Menumpang.
Thursday, November 15, 2012
Beli Buatan Malaysia-Usman Awang

Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji
membeli barangan buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik, para pengarah, para pengurus
Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?
Kami rakyat bersetuju bahawa sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya,para pekerja kita
mandapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata sentiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapatkan
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.
Kami rakyat yang ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran syarikat anda?
Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Di manakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh badan anda itu
anda beli di mana dan buatan mana?
Bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?
Bagaimana dengan rumah anda?
Apakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Adakah jubin dan segala perkakas bilik air
dan tandas tempat anda melepas itu diimport?
Dan putera-putera anda, adakah mereka sedang menuntut
di sekolah rendah dan menengah di luar negeri?
Bercakap tentang negara kita yang indah ini
di manakah anda menghabiskan cuti bersama keluarga?
Tentang kekayaan pula,di manakah anda melabur?
Cerahlah masa depan anda!
Orang-orang yang seperti anda sangat mementingkan kesihatan
Adakah anda mendapat rawatan perubatan di luar negeri?
Adakah anda dan keluarga anda dirawat dengan biaya syarikat?
Aapakah syarikat anda menggunakan perkhidmatan
jurubina (arkitek) Malaysia atau jurubina asing,
dan jurubina tempatan sekadar untuk mendapatkan
tanda tangan mereka saja?
Dan sebagai pelanggan berapakah jumlah
yang perlu anda bayar untuk peguam asing?
Mungkinkah anda begitu baik hati dan pemurah
dengan konsultan asing,tetapi begitu berkira
dan kedekut apabila anda mesti membayar konsultan tempatan?
Pertanyaan lain yang amat dekat dengan hati nurani
saya sebagai penulis,ialah: Pernahkah anda membeli
dan membaca buku puisi,cerita pendek dan novel yang ditulis oleh penulis Malaysia?
Adakah lukisan yang tergantun di dinding perbadanan,
syarikat dan rumah anda itu ciptaan pelukis
Malaysia atau salinan atau salinan daripada pelukis-pelukis asing?
Bahasa apakah yang anda gunakan dalam pertuturan sehari hari?
Pernahkah anda menghadiri teater tempatan
atau mendengar majlis pembaccan puisi
yang semuanya adalah buatan Malaysia?
Saya pasti Syarikat anda akan menyokong derma amal
jika ia ditaja oleh para Menteri dan Diplomat.
Anda pun cukup berjasa untuk membawa masuk artis asing.
Anda sanggup pula membayar
meskipun harganya ratusan ringgit bagi sesebuah
kerusi untuk menonton dan mendengar lagu-lagu
dalam bahasa Itali yang dinyanyikan oleh suara-suara
Amerika,meskipun anda tidak mengerti maknanya.
Begitu hebat,tetapi berpa pula anda
sumbangkan kepada artis tempatan?
Berapa pula kepada penerbitan drama tempatan yang kita namakan buatan Malaysia?
Sudah pasti kami memang membeli barang buatan Malaysia
Tetapi anda,anda sendiri bagaimana?
Adakah anda menyokong dan membeli barang buatan Malaysia
atau anda sebenarnya sekumpulan manusia asing
yang memiliki pasport Malaysia.
Guru Oh Guru-Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama' mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Wednesday, November 14, 2012
Ibuku-Usman Awang

Ibuku mempunyai seribu mimpi
yang dipikulnya tiap hari
sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.
Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
menggaru betisnya yang dekerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
suaminya yang mati melarat
setelah dikerumuni lintah darat.
Ibuku tangannya kasar berbelulang
mengangkat batu-bata bangunan
wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
tinggal di bilik sempit
upah buruhnya sangat sedikit.
Ibuku tidak punya peti TV
tidak berpeluang pula menontonnya
tak pernah mengikuti laporan parlimen
atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
atau petunjukkan masak-masakan
dengan resepi yang sangat menakjubkan.
Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
bekerja dengan tekun hingga ke malam
mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam.
Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
apalagi tantang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
nama-nama saham yang menjanjikan makmur
atau tentang dasar pandang ke timur.
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
yang melimpah kanji beras hancur.
Oh ibuku sayang
di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
tak boleh jadi menteri.
Sahabatku-Usman Awang
Menemuiku ketika remaja dulu
Ketika kemarahan rakyat bermula
Di Kotaraya yang memancarkan suara-suara baru
Aku mengenali sekumpulan generasi mahasiswa
Dalam keghairahan menggenggam idealisme
Menolongku memperteguh keyakinan
Persahabatan dan persamaan rakyat
Impian mewujudkan suatu dunia baru.
Lama masa berlalu
Pengalaman dan usia mengajar kita
Betapa ideal mimpi alam remaja
Memetik bintang-bintang di cakerawala
Dengan jari dan puisi
Dengan buku dan teori
Tanpa membakar tangan
Tanpa menghanguskan badan.
Kini pun masih ku temui lagi
Orang-orang muda yang setengah berani
Sesekali datang membisikkan impian
Untuk membakar bintang menjolok bulan;
Aku seperti memutar kembali
Pita rakaman silam.
Sahabatku,
Suatu bangsa merdeka yang kita impikan
Terasa masih jauh dari kenyataan
Kemarahanku menjadi kepedihan
Bila kita dipisah-pisahkan
Jarak itu semakin berjauhan
Aku dapat gelaran 'bumiputera' dan kau bukan.
Ketika kemarahan rakyat bermula
Di Kotaraya yang memancarkan suara-suara baru
Aku mengenali sekumpulan generasi mahasiswa
Dalam keghairahan menggenggam idealisme
Menolongku memperteguh keyakinan
Persahabatan dan persamaan rakyat
Impian mewujudkan suatu dunia baru.
Lama masa berlalu
Pengalaman dan usia mengajar kita
Betapa ideal mimpi alam remaja
Memetik bintang-bintang di cakerawala
Dengan jari dan puisi
Dengan buku dan teori
Tanpa membakar tangan
Tanpa menghanguskan badan.
Kini pun masih ku temui lagi
Orang-orang muda yang setengah berani
Sesekali datang membisikkan impian
Untuk membakar bintang menjolok bulan;
Aku seperti memutar kembali
Pita rakaman silam.
Sahabatku,
Suatu bangsa merdeka yang kita impikan
Terasa masih jauh dari kenyataan
Kemarahanku menjadi kepedihan
Bila kita dipisah-pisahkan
Jarak itu semakin berjauhan
Aku dapat gelaran 'bumiputera' dan kau bukan.
Friday, October 19, 2012
The selfish giant(suka cerita ini dahulu...ada pengajaran.. :)
The
giant had a beautiful garden. While he has away, many children played in his
garden. There were fruit trees, beautiful flowers and bird that song sweetly. But
one day, the giant came back. He built a high wall around his garden. He also
put up a notice board. When it was spring everywhere else, the giant’s garden
was still winter. Summer did not come to his garden, no did autumn. ”what’s
that sound?”One morning, the giant heard some lovely music. It was the sound of
a little bird in his garden.”Welcome back children! He looked out of the window
and saw children everywhere. It was Spring in his garden again.”How selfish I
have been! Now I know why it was winter in my garden all year long! The trees
covered themselves with leaves and blossoms. The flowers bloomed. Birds flew
everywhere. The giant’ heart melted as he looked out. ”it is now your garden,
children.”He went to the garden and knocked down the wall. Then, he played with
the children.
Sunday, September 30, 2012
the value of books.
The value of books
Deep in the heart of
every good book lays the distilled wisdom of centuries. To read it is to become
wiser.
Books are written for the benefit and
pleasure of all those who like to read them. But they are of various types.
Some books are written for the specialists. Some are written for student in the
school and universities. And many are written just for the pleasure of the
mind. Indeed, the variety of books is infinite.
One of the reasons for the existence of
such a wide variety of books is that. The field of knowledge is very extensive.
Even to grasp a small part of it, one has read several books for many years.
Another reason is that different people have different likes and dislikes. The
books that one likes to read, the others may not likes. To meet this broad and
varying needs of people for information, knowledge, recreations, and asthetic
enjoyments. More and more books are being written every year.
Those who aim to specialize in a certain
branch of knowledge concentrate more on the books that provide information on
their particular field of study. In the libraries and book – Shops, they look
mainly for such books. But those who have no particular interest in any
subjects, read and buy all types of books. Sometimes they buy books intended
for the specialists. Sometimes, they buy those written for children and
sometimes, if there are preparing for some examination; they buy books which
give some information in their examination subjects.
Almost every book extends the knowledge
and develops his intellect as well. Even if the reader does not learn any new
facts from the book, he may at least learn a few new words, expressions or
ideas. In facts, certain books are written mainly to acquaint the reader with
the beauty of language and ideas. They do not deal with facts or actual human
experiences. Books of this type provide great pleasure to the mind, and almost
everyone, who loves readings, buys a few of such books.
Books have also helped to promote better
understanding among the people of the world. BY reading books, the people of
one country have come to know about the achievements of those in other
countries.
So friends, do you like books? As for me,
I love books. Books can be our good friends. We can easily find books in the
libraries. Today, there are libraries in every school and most towns have at
least one public library. However, we cannot deny that the books are expensive.
Very few people are able to purchase all the books that they would like to
read. Beside, certain books are so rare that they are found only in the
libraries. Some books are only used to advance in a particular field. Although
these books are informative, they may be too expensive for most of us.
Thus,
books could be regarded as one of a channel of communication among men. Indeed,
without books, men would not have made so much progress as he has made today.
By applying the knowledge that he has gained from books, to practical purposes,
he has made the world a pleasant place to live in. Civilization therefore, owes
a great dept to these inanimate things call books.
Thursday, September 20, 2012
Sunday, September 16, 2012
persahabatan perlu ada kepercayaan yang kuat..persahabatan yang teguh pasti akan kekal lama.gambar in adalah salah satu kenangan pelajar yang saya kenali itu bersama sahabatnya.beliau amat peramah walaupun beliau adalah perempuan.beliau selalu berkata "Bukan jantina yang menjadi penghalang untuk saya berkawan,sebenarnya pergaduhan yang menghalang saya untuk berkawan,"

pengorbanan guru sekolah rendah dahulu.
Sebagai seorang guru,kerjanya amat berat.Tapi mereka banyak memberi jasa kepada kita.Kita patut hormat kepada mereka dan mengucapkan terima kasih yang tidak terbalas kepada mereka kerana merekalah juga yang memberi pedoman hidup pada kita semua dari kecil.Dari tidak mengerti huruf,kita sudah kenali.Dari kita tidak mengenal nombor,kita sudah kenali dan dari kita tidak mengerti untuk membaca,menulis dan mengira kita sudah mengerti.Lantaran itu,ingatlah guru kita yang terdahulu.Adakah kita ada buat salah kepada mereka,jika ada sementara mereka hidup lagi ziarahilah mereka.Kerana kita seorang anak murid mereka.Jadilah anak murid yang penyayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)